Friday 30 December 2016

Krabi, Thailand

Assalamualaikum semua,
Hari ni aku nak kongsi sikit pengalaman pertama aku travel ke negara orang. Ini cerita bulan 5 haritu tapi baru ade masa nak update. Mungkin boleh jadikan panduan bagi yang ingin ke sana.

Maklumat Destinasi
Lokasi : Krabi, Thailand
Tempat-tempat menarik :
- Ao nang beach
- Emerald Pool/Blue Pool/Hot spring(200baht)
- Tiger Cave Temple (free)
- Krabi Night Market (Fri-Sun)
- Island hoping

Maklumat Kewangan
[Penginapan]
Boss and Benz Guesthouse. (Krabi Town)
Family room, (650bahtx3malam)/4
Booked pakai hotel.com

[Transport]
Krabi airport - krabi town (8-9km)
- taxi, return (700baht/4)
Krabi town - Emerald pool (60km++)
Krabi town - Tiger Cave Temple (10km++)
- Motorcycle per day 200baht/2
- fuel 100baht/2
Krabi town - Ao nang beach (20km++)
- Minibus,*sangthaew, return (400baht/4)

[Pakej]
7 island sunset (1100baht including snorkelling + national park and big boat + dinner)
Actually banyak je lagi pakej yang ada tapi sebab nak jimat masa dan duit ambik satu pakej je dulu, Different agent different prices/
[Flight and food bergantung pada nasib dan perbelanjaan individu tersendiri, jadi aku tak rekodkan dalam perbelanjaan perjalanan]

Itinerary (boleh berubah-ubah ikut kesesuaian masa dan cuaca)
Tempoh : 4 hari 3 malam (27-30 May 2016)
*Time zone kat Thailand lewat satu jam dari Malaysia*
Hari 1
16.30 : Sampai AIrport. Cari teksi bawak pergi hotel check-in.
17.30 : Check-in (rest, mandi)
19.00 : Pergi night market. Jalan kaki je sebab dekat je dengan guest house.
11.00 : Tidur

Hari 2
8.00 : Makan kat pasar pagi. Jalan kaki jugak
10.00 : Gerak Aonang Beach (TukTuk)
Plan asal nak snorkelling hari ni tapi hujan lebat sangat jadi postponed esok. Jadi kat sini cari agent yang nak bawak pergi snorkelling esok je.
11.00 : Naik Tuktuk balik semula pergi krabi Town,
12.00 : Rest, tunggu hujan berhenti.
14.00 : Sewa motor satu hari, pergi emerald pool sepatutnya pergi esok.
15.00 : Sampai emerald pool, 70km++ ride motor dari Krabi Town
Ade tiga port sebenarnya emerald pool,blue pool dengan hotspring. Blue pool tutup masa ni. Jadi aku pergi emerald pool je sebab hotspring tempat lain.
17.00 : Gerak dari Emerald pool (Motor)
18.00 : Sampai krabi town. rest, tidur
20.00 : Keluar night market+massage+pusiing bandar (naik motor)
00.00 : Tidur

Hari 3 
5.00 : Gerak ke Tiger Cave Temple (Motor)
Plan nak gerak petang nak tengok sunset tapi  plan dah berubah sebab motor sewa sehari je. Patut hari ketiga  ni sewa motor untuk pergi emerald pool (pagi) dengan Tiger Cave Temple (petang)
5.20 : Sampai Tiger Cave Temple
Banyak gila anjing better pergi in group sebab aku masa ni pergi sorang yang lain tidur.
5.30 : Start hiking (1237 stairs to reach top)
Cuaca cloudy so tak nampak sunrise tapi not bad sebab view nice jugak
7.30 : Sampai hotel mandi rest.
9.00 : Keluar breakfast 
10.00 : Round Krabi Town
12.00 : Balik hotel. Tapau lunch siap siap. Rehat kat bilik je petang ni.
20.00 : Pergi night market
12.00 : Tidur

Hari 4
5.00 : Gerak airport (Flight pukul 8) Teksi
8.00 : Naik flight.  Balik Malaysia
10.00 : Sampai Malaysia

Tips-tips yang boleh diguna pakai
1) Pastikan travel pada musim yang sesuai. Tapi kalau dah terpaksa sangat hentam saja. Kalau musim hujan sayang laut gelora tak nampak ikan waktu snorkelling.
2) Cari hotel/guesthouse di Krabi Town kalau nak suasana yang meriah, dekat dgn kedai, kalau nak yang tenang dan dekat pantai boleh pilih area Aonang Beach.
3) Isi minyak dekat stesen minyak yang sebenar kalau pergi Emerald pool naik motor. Jangan isi yang tepi tepi jalan harga mahal sikit.
4) Kalau taknak beli sim card pun boleh sebab hotel kebiasaannya dah provide wifi. Nak pergi mana mana tengok singboard atau tanya orang local.
5) Makanan takpayah bawak dari Malaysia banyak makanan halal kat sana. Harga pun lebih kurang kat Malaysia je.
6) Nak beli souvenir kat night market banyak yang murah.
7) Nak pergi snorkelling cari pakej dekat Aonang. Harga lagi murah dari Airport dengan bandar.

Total damage : RM500++ (flight and ground)
You can save more if u get cheaper flight ticket.

Okay tu je Harap dapat membantu. Travel safe gais!

Momen-momen sepanjang trip.

First time pergi luar negara tu yang excited terlebih tu.

Tunggu flight depart pukul 3.40 petang

Waktu petang di Krabi Town.

Maharaj Rod, Guesthouse yang kami duduk

Night market (Friday-Sunday) Lebih kurang dengan Malaysia je

Pasar pagi, kalau nak breakfast sini boleh tapi
bagi yang cerewet pasal kebersihan is not recommended here.

Naik tuktuk pergi Aonang Beach

Hujan pakai macam ni je. Terpaksa tukar plan

Emerald Pool. Biasa biasa je. Dont put high expectation.

Entrance. Nak pergi blue pool kena naik atas lagi. Tapi masa ni tutup.

Island hoping. Start tengah hari sampai malam.

Lupa dah nama tempat ni.

Top view dari Tiger Cave Temple. 

Tadaaaa. Tu sebab nama Tiger Cave Temple

Paling favourite dekat sana, Wajib beli. 

Thursday 20 October 2016

Jom travel!

Udara yang segar, permulaan yang begitu indah untuk memulakan hari.
Hari ini, 20 hb merupakan permulaan bagi aku untuk menjadi seorang blogger yang aktif.
Cerita yang akan aku kongsikan semuanya berkenaan dengan travel.
Daripada tempat yang tidak menarik hinggalah kepada tempat yang menarik.
Daripada jalan yang rata hinggalah ke puncak gunung.
Daripada di persisiran pantai hinggalah ke tengah pulau.
Di harap dengan perkongsian ini dapat membantu mereka yang ingin mengembara. 
Itu saja pengenalan pada post kali ini. 
Mari kita mengembara melihat keindahan dunia di samping memperoleh redha Allah yang Esa.